biodiversiti

kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka:
Sarawak merupakan salah satu tempat di dunia yang memiliki ~ tertinggi;

berbiodiversiti mempunyai biodiversiti:
batu karang merupakan suatu ekosistem marin yang ~ tinggi dan perlu dikawal dan dijaga.

biodegradasi

proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan, kertas, daun dan lain-lain secara semula jadi oleh mikroorganisma seperti bakteria;

terbiodegradasikan dapat diuraikan atau direpuntukan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria:
cecair pencuci lantai itu menggunakan bahan ~ yang lebih selamat.

biodata

maklumat ringkas tentang diri seseorang (penulis, penceramah, dan lain-lain), seperti nama, kelulusan, sumbangan, dan sebagainya:
Penemuan memuatkan 30 buah sajak dengan ~ singkat para penyumbangnya.

biocerakin

(Biologi) kaedah menentukan kesan biologi sesuatu bahan, faktor, dan lain-lain dengan menggunakan organisma hidup.

bio-

awalan asing berkaitan dengan benda-benda hidup, berkaitan dengan kehidupan (terutamanya manusia), misalnya biologi dan biografi.