bengkak kecil pada kulit, biasanya gatal dan merah warnanya, akibat gigitan serangga, alahan, dan lain-lain.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bintara
[Indonesia] pegawai rendah (tentera).
bintangur
sejenis tumbuhan (pokok), penaga laut, bakakol, entangor, Calophyllum spp.
bintang III
[kata seru] bekas yang berbentuk seperti besen dan bertudung (tempat menaruh bawaan dan lain-lain).
bintang II
~ berahi sejenis tumbuhan (rumpai), peria bulan, uban kayu, Cardiospermum halicacabum;
~ kuning,
a) = ~ merah sejenis tumbuhan (pokok), akar bunga, cempaka hutan, Mussaenda mutabilis;
b) sejenis tumbuhan (pokok), Hippocrates macrantha.
bintang I
1. salah satu cakerawala (yang beribu-ribu banyaknya) yang mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam:
di langit tiada bulan yang mengambang dan tiada ~ yang mengerlip;
2. gugusan bintang yang merupakan lukisan (benda atau binatang):
~ biduk;
~ pari;
3. rasi (dua belas gugusan bintang dalam mintakulburuj atau garis lengkung di langit):
~ mayang (virgo);
4. nasib, untung;
~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk;
5. pingat (tanda kebesaran atau jasa):
beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kepada masyarakat;
6. benda (lukisan) yang menyerupai bintang:
bendera bulan ~;
~ tanjung;
7. orang yang terkemuka (terkenal) dalam lapangan sukan (filem dan lain-lain):
~ bola sepak;
~ filem;
~ radio;
~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yang kelihatan terang pada petang dan dinihari;
~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yang tampak besar dan terang;
~ beralih = ~ gugur bintang yang berpindah atau jatuh;
~ berapit dua bintang yang berdekatan;
~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yang tampak seperti berekor atau berasap;
~ beredar (siarah, sayarat) planet yang berada di cakerawala seperti planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dan lain-lain;
~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yang kelihatan di langit Hemisfera Utara;
~ dua belas zodiak;
~ gandingan pelakon yang digandingkan dengan pelakon lain yang sama pentingnya dalam sesebuah filem;
~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang;
~ hati kekasih;
~ kala sejenis gugusan bintang;
~ laut sejenis binatang laut (bentuknya seperti bintang);
~ mayang sejenis gugusan bintang;
~ pari (tohok) gugusan bintang yang berupa salib;
~ sapu bintang berasap;
~ tanjung [Indonesia] tanda pangkat tentera atau polis yang menyerupai bintang (daripada emas atau perak);
B~ Tiga golongan komunis yang hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pada masa kekalahan Jepun;
~ tujuh gugusan bintang yang tujuh banyaknya;
ilmu ~ ilmu falak, astronomi;
~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar (peribahasa) kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar;
sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu (peribahasa) tempat menambatkan kasih sayang yang sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya);
sebintang serasi, sesuai, secocok;
berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dan lain-lain) bintang:
langit tiada ~;
~ gelap bernasib buruk, sial;
~ naik baru mula mujur;
~ terang bernasib baik, mujur;
berbintang-bintang
1. banyak bintangnya (di langit dan lain-lain):
langit bersih ~;
2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata):
apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~;
3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dan lain-lain):
dia mendongak melihat atap rumah yang ~ itu;
membintangi memainkan peranan sebagai bintang (filem, sandiwara, dan sebagainya):
seniwati yang ~ peranan Puteri Bidasari;
bintangan
1. bintang tiruan;
2. [arkaik] gugusan bintang;
perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan).
bintalak
[Minangkabau] [arkaik] batas ladang.
bintal
bintil.
binomial
1. (Matematik) ungkapan yang terdiri daripada dua unsur (mis x + y);
2. (Biologi) nama haiwan atau tumbuhan yang terdiri daripada dua unsur (untuk pengelasan mengikut genus dan spesies).
binokular
alat yang terdiri daripada sepasang teleskop kecil untuk melihat objek jauh agar kelihatan lebih besar dan lebih jelas.