sejenis musang (rupanya seperti beruang kecil), Arctictis binturong.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bintur
bintuh.
bintul
bintil (kerana digigit nyamuk).
bintuh
sejenis bubu (tangguk) untuk menangkap ketam (udang dan lain-lain);
jenis-jenisnya:
~ cacat, ~ campak.
bintit
= bintat.
bintil
1. bengkak-bengkak kecil pada kulit (kerana digigit nyamuk dan lain-lain);
2. butir kecil (pada akar kekacang dan lain-lain);
berbintil menjadi atau berbentuk bintil:
berus yang terlalu rapat matanya akan menyebabkan maskara bergumpal atau ~;
baja sebatian ~;
berbintil–bintil berupa atau berbentuk banyak bintil:
akar pohon yang rimbun itu timbul dan ~;
najis kambing yang sihat dikatakan ~ dan pejal.
bintik
1. titik pada kulit (kerana kena panas dan lain-lain);
2. titik pada sesuatu benda:
air hitam yang banyak ~ buih naik dari dalamnya;
~ perang sejenis penyakit pokok (kelihatan bintik-bintik perang);
berbintik, berbintik-bintik adatitik-titik, bertitik(-titik):
mukanya pucat tiada ~ warna apa pun;
peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dari dahinya.
binti-binti
1. sejenis burung, raja udang, Alcedo meninting verrauxii;
2. sejenis burung, pekaka api, Ceyx erithacus erithacus.
binti II
[arkaik] = biti.
binti I
1. anak perempuan kepada (digunakan pada nama orang):
Aminah ~ Abdullah;
2. [bahasa percakapan] nama ayah:
susah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya;
berbinti mempunyai binti:
dia menulis namanya sahaja dengan tidak ~;
berbintikan mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dan sebagainya) sebagai nama ayah:
Fatimah ~ bapa angkatnya;
membintikan memberikan atau membubuh nama bapa kepada anak perempuan:
setiap umat Islam yang mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dengan nama bapa kandungnya.