# Cara Guna

1. Sila mencari satu perkataan sahaja pada setiap carian umum.

2. Elak menggunakan imbuhan (seperti men-, ber-, di-, -i, -kan dan lain-lain).

3. Pastikan perkataan Bahasa Melayu itu sah dan diterbitkan oleh DBP, iaitu Kamus Dewan Pusaka dan Bahasa.

4. Sumber utama kamus dewan online ini merujuk kepada kamus dewan edisi keempat daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), hak cipta DBP Malaysia.

zuriat

[Arab] keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu;
meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka;

sezuriat sama zuriat:
antara definisi saudara yang dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan ~;

berzuriat mempunyai zuriat:
orang yang tidak ~.

zum

kaedah menukar jarak tumpu subjek untuk mendapatkan saiz imej yang besar atau kecil dengan menggunakan kanta zum;

~ dekat zum yang dibuat dengan menggerakkan kanta zum ke hadapan untuk mendapatkan imej yang lebih besar dan jelas;
~ jauh zum yang dibuat dengan menggerakkan kanta zum ke belakang untuk mendapatkan imej yang lebih kecil dan jauh;
lensa ~ kanta zum.

zuhur

[Arab]

1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dan sebagainya sama panjang dengan kayu dan sebagainya yang menjadi pengukurnya;

2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pada waktu zuhur.

zuhud

[Arab] (berkenaan (dengan) seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia;

berzuhud mengamalkan sifat zuhud:
perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang daripada melakukan dosa dan menjadikannya ~ dalam urusan dunia;

menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud:
mereka hanya mahu ~ diri kepada Allah;

kezuhudan sifat zuhud:
cinta kepada IIahi terbit daripada ~ jiwanya.