1. anak perempuan kepada (digunakan pada nama orang):
Aminah ~ Abdullah;
2. [bahasa percakapan] nama ayah:
susah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya;
berbinti mempunyai binti:
dia menulis namanya sahaja dengan tidak ~;
berbintikan mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dan sebagainya) sebagai nama ayah:
Fatimah ~ bapa angkatnya;
membintikan memberikan atau membubuh nama bapa kepada anak perempuan:
setiap umat Islam yang mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dengan nama bapa kandungnya.
berkongsi