1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dengan uri ketika baru lahir):
maka dikerat ~nya lalu dibedung dengan kain putih;
tali ~ usus yang menyambungkan perut bayi dengan uri;
2. = pusatan titik yang di tengah-tengah sekali (pada bulatan, lingkaran rajah, dan lain-lain);
garis(an) ~ garis(an) yang di tengah-tengah;
3. kawasan (daerah) yang letaknya di tengah-tengah benar:
Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur;
4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu:
Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara;
Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional;
~ penjagaan kanak-kanak dan bayi;
~ kesihatan;
kantor ~ [Indonesia] ibu pejabat;
kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional;
pemimpin ~ pemimpin yang terutama (dalam syarikat dan lain-lain), pemimpin di peringkat kebangsaan;
5. [Indonesia] kerajaan atau pemerintah pusat;
kuasa ~ kuasa kerajaan pusat;
~ air bahagian tengah pusingan air yang berupa lekuk;
~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi);
~ belia tempat belia berkumpul;
~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda);
~ dialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah;
~ jala pertengahan jala;
~ jalan tempat tumpu jalan dari berbagai-bagai hala (dalam bandar);
~ kesihatan (bidan) klinik;
~ latihan tempat diadakan latihan;
~ pemerintahan (kerajaan) tempat yang jadi pokok kedudukan pemerintahan negara;
~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dan lain-lain;
~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan;
~ perhatian (pemerhatian) objek yang jadi tumpuan perhatian;
~ perusahaan tempat yang jadi pokok kedudukan perusahaan;
~ serenti tempat pemulihan orang yang bermasalah, terutamanya yang berkaitan dengan penagihan dadah;
~ tali air tempat kawalan bekalan air;
~ tenaga elektrik (listrik) [Indonesia] kilang pembangkit elektrik;
~ jala pumpunan ikan (peribahasa) orang yang jadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dalam sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan);
sepusat (Matematik) sama (satu) titik yang di tengah-tengah (pada bulatan):
bulatan ~;
berpusat
1. seluruhnya berpunca (daripada), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pada), bertumpu (pada):
kebanyakan cerita yang dikemukakannya ~ pada tema yang sangat sederhana dan biasa sahaja;
perbualan mereka biasanya ~ pada soal kenaikan harga barang-barang;
2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di):
Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yang ~ di Betawi;
berpusatkan mempunyai pusat di:
berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yang ~ istana;
memusat menumpu, mengarah, menuju:
fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pada soal lain;
memusatkan mengarahkan (mengumpulkan, menujukkan, dan lain-lain) ke suatu tempat (perkara, titik, dan lain-lain):
Malaysia ~ ekonominya kepada pengeluaran getah dan bijih timah;
apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam;
sebahagian daripada kekuatan tentera dipusatkan di sempadan;
terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat:
organisasi perniagaan dalam bentuk ~;