1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras):
pinggan itu terlepas dari tangannya lalu ~;
duit (wang) ~ duit kecil;
2. retak atau merekah (kulit, bibir, dan lain-lain):
penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~;
bibir orang tua itu ~-~;
3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dan lain-lain):
bisulnya tidak juga ~;
4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yang basi);
5. tersebar (khabar, rahsia, dan lain-lain):
tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk;
disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu;
6. bermula (perang, darurat, dan lain-lain):
harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea;
7. [sastera lama] kalah:
maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari;
8. menggeletar (bunyi);
9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi:
persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil;
10. [sastera lama] cerai-berai, bersurai:
maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dengan banyak matinya;
~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah;
~ bau merata (tersebar) baunya;
~ daun [Kelantan] keluar daun;
~ hati tawar hati;
~ kepercayaan hilang kepercayaan;
~ keringat (peluh) keluar peluhnya;
~ minyak keluar minyak (masakan);
~ perang
a) mula terbit peperangan;
b) [sastera lama] kalah perang;
~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa;
~ rumah memasuki rumah untuk merompak;
~ tembelang terbuka rahsia;
~ bunyi (tepi) buruk berita (peribahasa) [Minangkabau] kejadian yang kecil diperbesar orang ke sana sini;
~ kapi putus suai (peribahasa) sesuatu yang tidak dapat diperbaiki lagi;
~ menanti sebab, retak menanti belah (peribahasa) hanya menanti masa untuk membalas dendam dan lain-lain;
pecah-pecah pecah pada banyak tempat atau bahagian (sesuatu);
berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dan lain-lain):
kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yang lebih kecil;
berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dengan haluannya sendiri), berpecah belah:
masyarakat yang dilanda perang saudara itu masih hidup ~;
memecah
1. menjadi pecah-pecah (ombak dan lain-lain):
sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal;
2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian;
~ masuk memecahkan sesuatu (seperti pintu, tingkap, dan lain-lain) dan memasuki (rumah, bilik, dan sebagainya);
memecahkan
1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dan sebagainya yang lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian daripada sesuatu pecah:
budak itu telah ~ cermin tingkap mereka;
kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan;
2. memecahbelahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dan lain-lain):
mereka hendak ~ perpaduan nasional, harta dipecahkan menjadi empat bahagian;
~ cerita kepada komponennya;
pecahkan 893025 menjadi pengisi tunggal;
3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana):
bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba;
4. menyiarkan (berita, rahsia);
5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dan lain-lain) berkenaan sesuatu soal (kerumitan dan lain-lain):
masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan;
mukanya keruh memikirkan sesuatu yang tidak dapat dipecahkan;
6. [sastera lama] mengalahkan:
maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu;
~ kepala (otak)
a) memerah otak;
b) susah sekali;
~ rekod = ~ rekor [Indonesia] membaiki atau mengatasi rekod yang telah ada;
~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya);
terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai;
pecahan
1. sesuatu yang sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yang sudah dipisahkan dan sebagainya daripada sesuatu yang lain atau yang lebih besar atau lengkap:
~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku;
~ bom;
lihat Rajah 2 untuk melihat ~ tajuk;
2. angka (bilangan) yang bukan angka bulat (seperti 1/2, 2/3, dan lain-lain);
~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yang bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang;
~ biasa pecahan yang pengatasnya lebih kecil daripada pembawahnya (seperti 3/4);
~ janggal pecahan yang pengatasnya sama atau lebih besar daripada pembawahnya (seperti 8/8,11/4, dan lain-lain);
~ perpuluhan = ~ persepuluhan [Indonesia] pecahan yang menggunakan titik perpuluhan (seperti 0.5, 0.8, dan lain-lain);
kepecahan perihal pecah;
perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu:
pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat;
pemecahan perbuatan memecahkan:
~ cahaya putih kepada berbagai-bagai warna;
pemecah
1. orang yang memecahkan:
~ amanah;
2. orang yang selalu (suka) memecahkan:
budak itu ~;
3. alat untuk memecahkan.