cabang linguistik yang mengkaji keadaan biologi dalam perkembangan dan penggunaan bahasa di kalangan manusia, termasuk dari segi sejarah bahasa sesuatu bangsa dan perkembangan bahasa pada diri individu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
biola
alat muzik yang dimainkan dengan penggesek, rupanya seperti violin, tetapi lebih besar sedikit dan mengeluarkan bunyi yang lebih rendah;
tak dan menggesek ~ hendak menari dahulu (peribahasa) berbuat sesuatu sebelum sampai masanya;
berbiola
1. mempunyai biola;
2. bermain (menggesek) biola:
engkau bersuling, aku ~.
bioklimatologi
kajian tentang kesan keadaan iklim terhadap organisma hidup.
biokimia
sains yang melibatkan kajian tentang proses-proses kimia yang berlaku pada benda-benda hidup.
biojisim
(Biologi) jumlah jisim keseluruhan organisma hidup yang terdapat pada sesuatu kawasan.
biografi
1. riwayat atau kisah hidup seseorang;
2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang.
biogeografi
kajian geografi berkenaan taburan tumbuhan dan haiwan dan sebab-sebab terjadinya taburan itu.
biogenesis
(Biologi) teori yang menyatakan bahawa organisma terbentuk hanya daripada benda hidup sahaja.
biogas
gas yang dihasilkan melalui tindakan bakteria ke atas bahan buangan organik, dan digunakan sebagai bahan api.
biofizikal
berkenaan biofizik:
aspek-aspek ~.