bioritma

(Biologi) sesuatu kitaran proses biologi yang berlaku berulang kali yang dikatakan mempengaruhi aktiviti intelektual, fizikal dan emosi seseorang.

biopsi

(Perubatan) pengasingan sel, tisu, atau cecair tubuh daripada pesakit untuk mengkaji ciri-ciri sesuatu penyakit atau untuk mengesan bahagian tubuh yang mengalami jangkitan.

biopendar

(Biologi) penghasilan cahaya oleh organisma tertentu (seperti kelemayar, kunang-kunang, dan lain-lain).

bionik

1. mempunyai kuasa yang luar biasa (seperti kekuatan, kepantasan, dan sebagainya) lebih daripada keupayaan manusia biasa;

2. (Komputer) ilmu yang berkaitan dengan reka bentuk dan pembuatan perkakasan elektronik yang fungsi atau kendaliannya serupa dengan fungsi atau kendalian sesuatu sistem biologi.

biom

(Biologi) kawasan geografi yang luas yang di dalamnya terdapat komuniti haiwan dan tumbuhan yang serupa dari segi bentuk.

biologi

sains yang berkaitan dengan struktur, fungsi, perkembangan, taburan, dan proses hidup pada benda hidup.