bintang I

1. salah satu cakerawala (yang beribu-ribu banyaknya) yang mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam:
di langit tiada bulan yang mengambang dan tiada ~ yang mengerlip;

2. gugusan bintang yang merupakan lukisan (benda atau binatang):
~ biduk;
~ pari;

3. rasi (dua belas gugusan bintang dalam mintakulburuj atau garis lengkung di langit):
~ mayang (virgo);

4. nasib, untung;
~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk;

5. pingat (tanda kebesaran atau jasa):
beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kepada masyarakat;

6. benda (lukisan) yang menyerupai bintang:
bendera bulan ~;
~ tanjung;

7. orang yang terkemuka (terkenal) dalam lapangan sukan (filem dan lain-lain):
~ bola sepak;
~ filem;
~ radio;
~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur)
bintang yang kelihatan terang pada petang dan dinihari;
~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yang tampak besar dan terang;
~ beralih = ~ gugur bintang yang berpindah atau jatuh;
~ berapit dua bintang yang berdekatan;
~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yang tampak seperti berekor atau berasap;
~ beredar (siarah, sayarat) planet yang berada di cakerawala seperti planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dan lain-lain;
~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yang kelihatan di langit Hemisfera Utara;
~ dua belas
zodiak;
~ gandingan pelakon yang digandingkan dengan pelakon lain yang sama pentingnya dalam sesebuah filem;
~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang;
~ hati kekasih;
~ kala sejenis gugusan bintang;
~ laut sejenis binatang laut (bentuknya seperti bintang);
~ mayang sejenis gugusan bintang;
~ pari (tohok) gugusan bintang yang berupa salib;
~ sapu bintang berasap;
~ tanjung [Indonesia] tanda pangkat tentera atau polis yang menyerupai bintang (daripada emas atau perak);
B~ Tiga golongan komunis yang hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pada masa kekalahan Jepun;
~ tujuh gugusan bintang yang tujuh banyaknya;
ilmu ~ ilmu falak, astronomi;
~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar (peribahasa) kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar;
sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu (peribahasa) tempat menambatkan kasih sayang yang sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya);

sebintang serasi, sesuai, secocok;

berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dan lain-lain) bintang:
langit tiada ~;
~ gelap
bernasib buruk, sial;
~ naik baru mula mujur;
~ terang bernasib baik, mujur;

berbintang-bintang
1. banyak bintangnya (di langit dan lain-lain):
langit bersih ~;

2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata):
apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~;

3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dan lain-lain):
dia mendongak melihat atap rumah yang ~ itu;

membintangi memainkan peranan sebagai bintang (filem, sandiwara, dan sebagainya):
seniwati yang ~ peranan Puteri Bidasari;

bintangan
1. bintang tiruan;

2. [arkaik] gugusan bintang;

perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan).

berkongsi