biogas

gas yang dihasilkan melalui tindakan bakteria ke atas bahan buangan organik, dan digunakan sebagai bahan api.

biogenesis

(Biologi) teori yang menyatakan bahawa organisma terbentuk hanya daripada benda hidup sahaja.

biografi

1. riwayat atau kisah hidup seseorang;

2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang.

biojisim

(Biologi) jumlah jisim keseluruhan organisma hidup yang terdapat pada sesuatu kawasan.

biokimia

sains yang melibatkan kajian tentang proses-proses kimia yang berlaku pada benda-benda hidup.