bintil (kerana digigit nyamuk).
bintur
bintuh.
binturung
sejenis musang (rupanya seperti beruang kecil), Arctictis binturong.
binuang
sejenis tumbuhan (pokok), Octomeles sumatrana.
bio-
awalan asing berkaitan dengan benda-benda hidup, berkaitan dengan kehidupan (terutamanya manusia), misalnya biologi dan biografi.
bioastronautik
kajian tentang kesan astronautik terhadap kehidupan haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
biocerakin
(Biologi) kaedah menentukan kesan biologi sesuatu bahan, faktor, dan lain-lain dengan menggunakan organisma hidup.
biodata
maklumat ringkas tentang diri seseorang (penulis, penceramah, dan lain-lain), seperti nama, kelulusan, sumbangan, dan sebagainya:
Penemuan memuatkan 30 buah sajak dengan ~ singkat para penyumbangnya.
biodegradasi
proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan, kertas, daun dan lain-lain secara semula jadi oleh mikroorganisma seperti bakteria;
terbiodegradasikan dapat diuraikan atau direpuntukan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria:
cecair pencuci lantai itu menggunakan bahan ~ yang lebih selamat.
biodiversiti
kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka:
Sarawak merupakan salah satu tempat di dunia yang memiliki ~ tertinggi;
berbiodiversiti mempunyai biodiversiti:
batu karang merupakan suatu ekosistem marin yang ~ tinggi dan perlu dikawal dan dijaga.