(Biologi) sesuatu kitaran proses biologi yang berlaku berulang kali yang dikatakan mempengaruhi aktiviti intelektual, fizikal dan emosi seseorang.
BIOS
akronim bagi Basic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas).
biosains
sains tentang ilmu biologi.
biosatelit
satelit yang direka bentuk untuk membawa haiwan atau tumbuhan bagi tujuan kaji selidik.
biosfera
bahagian bumi dan atmosfera yang boleh dihuni oleh benda-benda hidup.
biosid
bahan kimia beracun yang boleh membunuh organisma hidup.
biosintesis
penghasilan molekul kompleks dalam organisma hidup.
bioskop
[Indonesia-Belanda] wayang gambar.
biot
[Perak] degil.
biota
(Biologi) tumbuhan dan haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan.