bioteknologi

kegiatan atau kajian yang menggunakan mikroorganisma, sistem biologi, atau proses biologi dalam industri pengeluaran dan perkhidmatan untuk menghasilkan produk seperti antibiotik, vaksin, keju dan lain-lain.

bip

bunyi ~ bunyi nyaring yang ringkas seperti yang keluar dari alat elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan sebagainya, biasanya sebagai isyarat tentang sesuatu.

bir

sejenis minuman keras;
~ draf bir yang disimpan di dalam atau disajikan dari tong;
~ halia minuman berperisa halia, yang tidak beralkohol atau yang mengandungi sedikit alkohol;
~ hitam sejenis bir yang berwarna hitam.

birah

1. sejenis tumbuhan (herba), Alocasia indica;
~ air
sejenis tumbuhan (herba), Aglaonema marantifolium;
~ hitam
= ~ kilang sejenis tumbuhan (herba), Alocasia denudata;
~ kecil
sejenis tumbuhan (herba), Typhonium roxburghii;
~ keladi
sejenis tumbuhan (herba), Colocasia esculentum;
~ putih
sejenis tumbuhan (herba), Alocasia spp.;

2. sejenis tumbuhan (pokok), Fagraea crenulata;

3. [kiasan] gatal, gasang;
seperti ~ tumbuh di tepi lesung (peribahasa) perihal budak yang lekas besar (subur badan);

kebirahan kegatalan.

birai

1. selusur (pagar pada titi dan lain-lain), langkan:
~ masjid;

2. tepi, bingkai:
~ kain;

3. tepi muka surat yang tidak bercetak (bertulis);
~ hias
a) (Seni bina) corak atau hiasan timbul pada pertemuan antara dinding dengan siling, biasanya dibuat daripada plaster paris, kornis;
b) ukiran hiasan pada tepi perabot, tingkap dan sebagainya;
c) hiasan pada birai buku.

biram

[sastera lama]

1. gajah:
~ berjuang;

2. ular yang berkepala pada kedua-dua pangkal badannya (dalam cerita dongeng);

3. merah.

biras

hubungan saudara antara dua orang (sama ada lelaki atau perempuan) yang berkahwin dengan dua adik-beradik;

berbiras mempunyai hubungan saudara selaku biras.