birokrasi

1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat);

2. cara pemerintahan atau pentadbiran dengan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa yang besar;

3. cara pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan;

membirokrasikan
1. mengamalkan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh para pentadbir;

2. [kiasan] mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yang banyak peraturan (kerenah dan lain-lain):
tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;

pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu:
~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia.

birokratik

berdasarkan (bersifat) birokrasi, secara birokrasi:
amalan pengurusan yang dahulunya berbentuk autokratik dan ~.

biru I

warna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut;
~ langit biru seperti warna langit;
~ laut biru seperti warna laut;
~ lebam biru gelap;
~ merak warna biru kehijauan yang terang;
~ muda biru keputih-putihan;
~ nila warna biru tua keunguan;
~ tua biru gelap;

membiru menjadi biru, tampak (kelihatan) biru:
kemuncak Gunung Ledang yang tadinya ~ telah diselaputi awan;

membirukan menjadikan (mewarnakan) biru;

kebiru-biruan, kebiruan agak biru, sedikit biru.

biru-biru

lipat-lipatan (pada tepi kain, tirai, dan lain-lain);

membiru-biru [sastera lama] [arkaik] dilipat-lipat:
kain, baju, destar dibiru-biru.

bis I

[Indonesia-Belanda] peti surat;

dibiskan [bahasa percakapan] dimasukkan ke dalam peti surat.

bis III

[Indonesia-Belanda]

1. dua kali, sekali lagi, diulang (nyanyian dan lain-lain);

2. tambahan pada fasal undang-undang.