bisa I

1. bahan beracun yang terdapat pada sesetengah jenis binatang (seperti ular, kala, labah-labah, dan sebagainya), yang dipindahkan kepada mangsanya dengan cara mematuk (menggigit, menyengat, dan sebagainya);

2. kesan yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat (daripada senjata seperti keris, tombak, peluru, dan sebagainya):
~ keris Taming Sari;

3. kesan yang menyakitkan atau membahayakan yang diakibatkan oleh benda-benda tajam (seperti paku, kuku, taring, buluh, dan sebagainya):
~ paku berkarat;

4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (berkenaan (dengan) sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dan sebagainya):
aduh, ~nya penyakitku ini!

5. [kiasan] menyakitkan hati atau perasaan (berkenaan (dengan) kata-kata), pedas:
mulutnya memang ~;
~ kawi kekuatan ghaib (seperti tulah dan sebagainya) yang menimpa orang kerana melanggar adat dan sebagainya;
adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar (peribahasa) orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri;
alah ~ tegal biasa (peribahasa) bahaya hilang kerana kebiasaan;
pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia (peribahasa) lebih sakit lagi dilukai dengan kata-kata daripada dengan senjata;

berbisa mengandungi bisa;

kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa:
Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu.

bisa II

[Indonesia] boleh, dapat, mungkin:
tenaga masih ~ dipergunakan;
saya ~ melanjuntukan sekolah;
~ jadi;
mana ~ kita menang;

sebisanya sedapat-dapatnya;

kebisaan kesanggupan, kecekapan.

bisa III

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), akar katup-katup, akar memali, Sphenodesma triflora.

bisai

[sastera lama] elok, molek, pesolek:
anak muda yang ~;
seperti ~ makan sepinggan
(peribahasa) berpatutan benar.

biseks

(Biologi) mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pada organisma (tumbuhan dan haiwan) yang sama, misalnya cacing, jagung dan tumbuhan berbunga. biseksual (bisksual) cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita (berkenaan (dengan) orang).

biseps

(Biologi) otot yang terdapat di bahagian depan lengan atas yang berfungsi untuk membengkokkan lengan.

bisik

= bisikan;

bisik-bisik desas-desus:
ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi;

berbisik, berbisik-bisik
1. bercakap dengan suara yang perlahan (kpada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya):
dia memanggil dengan suara yang sangat perlahan, seperti orang ~ bunyinya;

2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang):
mereka berbincang dengan cara bisik-bisik;

3. [kiasan] berhembus dengan bunyi yang perlahan (berkenaan (dengan) angin):
malam yang hening, terdengar angin ~;
~ kedengaran, berimbau kelampauan
(peribahasa) sangat dekat antara orang yang bercakap dengan orang yang mendengar;

membisiki bercakap kepada seseorang dengan berbisik, memberitahu sesuatu kepada orang secara diam-diam:
segera datang kawan saya ~ saya;

membisikkan
1. memberitahukan dengan berbisik, memberitahukan dengan diam-diam:
ia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya;

2. mengucapkan sesuatu dengan suara yang perlahan:
~ kalimah syahadat;
~ doa;

3. mengilhamkan (dalam hati);

bisikan
1. sesuatu yang dibisikkan;

2. perihal membisiki atau membisikkan;
~ hati kata hati;
~ gajah [Kelantan] bisikan yang dapat didengar orang lain;

3. ilham;

pembisik
1. orang yang berbisik;

2. [Indonesia] orang yang mengatakan apa yang harus diucapkan oleh pemain dalam sandiwara;

3. orang yang membacakan skrip (drama, teater, filem dan sebagainya) dengan perlahan kepada pelakon yang terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dan sebagainya diadakan.

bising

1. bunyi yang memekakkan telinga, riuh, hingar:
~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar;
walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang;

2. pekak telinga (kerana riuh dan lain-lain):
~ telingaku;

membising berbunyi bising:
dari rumah kedengaran bunyi gelak ~;

membisingi menyebabkan bising pada seseorang:
bapanya selalu ~ ibunya;

membisingkan menyebabkan bising;

kebisingan perihal bising.