birat

1. parut di bibir (bekas kurap, luka, dan lain-lain);

2. bekas kena pukul dengan rotan dan lain-lain;

berbirat mempunyai bekas kena pukul dengan rotan dan lain-lain:
tapak tangannya ~ dicium rotan.

birdi

(dalam permainan golf) skor yang kurang satu pukulan di bawah par:
dia menyudahkan sembilan lubang pertama dengan lima ~;
dia membuat ~ pada lima lubang pertama.

biri-biri

sejenis binatang ternak (seperti kambing) yang berbulu tebal, diternak untuk bulu atau dagingnya, Ovina spp.

biring I

sejenis penyakit kulit (berbintik-bintik dan gatal), ruam:
leher anaknya penuh dengan ~ keringat;
~ panas
biring kerana kena panas;
~ peluh = ~ keringat biring kerana peluh.

biring II

merah kekuning-kuningan (berkenaan (dengan) bulu ayam);
ayam ~ ayam (jantan) yang berbulu biring;
~ sangka naning warna serupa tabuhan (ayam);
~ sikunani [Minangkabau] sejenis ayam yang tidak dapat dialahkan.

birit

[Jakarta] pantat;

terbirit, terbirit-birit
1. terberak-berak, tercirit-cirit;

2. lari dengan cepat (kerana ketakutan dan lain-lain).

biro

jabatan atau agensi (terutama yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai):
B~ Guaman Negara.