bait III

(Komputer) unit data atau saiz daftar (dalam sistem komputer) yang ditafsirkan sebagai kata yang panjangnya lapan bit.

bailif

pegawaiyang menyampaikan writ dan saman, membuat tangkapan, dan memastikan bahawa hukuman dijalankan.

baik pulih

membaik pulih membaiki serta memulihkan sesuatu (jentera, pesawat, dan lain-lain) sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna:
perkhidmatan ~ kapal;

pembaikpulihan perihal (perbuatan, proses, kerja dan sebagainya) membaik pulih:
~ bangunan yang dianggap bersejarah itu sedang giat dijalankan.

baik biak

membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya;

pembaikbiakan perihal (usaha dan sebagainya) membaik biak:
teknik baru boleh dimajukan untuk memperoleh hasil yang lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan;

pembaik biak sesuatu yang membaik biak:
walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sebagai ~ tumbuhan.

baik

1. memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dan sebagainya), elok (lawan buruk):
yang ~ dipakai, yang buruk dibuang;
buku ini ~ dibaca oleh kanak-kanak;

2. memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan, dan lain-lain), elok:
cantuman baka yang ~;
mendidik anaknya dengan ~;

3. tidak jahat (kelakuan dan lain-lain):
~ budi pekertinya;

4. pulih, sembuh:
lukanya belum ~;

5. sangat sesuai dan rapat (berkenaan (dengan) perhubungan, persahabatan, dan sebagainya):
dia berkawan ~ dengan Aminah;

6. = baiklah ya (menyatakan persetujuan):
ambil buku itu! B~ mak;

7. biar, walau;
~ kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan;
~ hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih;
~ sangka rasa muhibah;
buat ~ berpada-pada, buat jahat jangan sekali (peribahasa) membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat;

baik-baik
1. (sebagai pesanan) berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, hati-hati:
pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok;

2. dengan rapi (menjaga atau memelihara sesuatu):
simpan barang ini ~;

3. dengan teliti (melakukan sesuatu):
tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal;
baca ~ perenggan ini;

sebaik
1. serupa baik dengan, sama baik dengan:
penselmu tidak ~ pensel saya;

2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja:
pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang;

sebaiknya yang baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya:
~ engkaulah yang bercakap dengan cikgu;

sebaik-baiknya
1. yang paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya;

2. yang amat (sangat) baik:
kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing;

berbaik, berbaik-baik tidak bermusuhan (bertengkar dan lain-lain):
orang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dengan orang yang sejahat itu;
~ semula
berdamai;

berbaiki [sastera lama] = membaiki:
bendahara pun mengerahkan sekalian orang berlengkap dan ~ alat;

membaik = membaik pulih;

membaiki membetulkan:
jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan;
jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan
(peribahasa) janganlah kita kusuntukan pekerjaan yang tidak dapat kita selesaikan;

membaikkan
1. membuat jadi baik, memulihkan;

2. menganggap lebih baik:
dia ~ kelakuan anaknya;

3. mendatangkan kebaikan (faedah dan lain-lain) kepada;
serta sepucuk surat diberi, ~ maksud paduka seri untuk membawa faedah bagi maksud paduka seri;

memperbaik menjadikan bertambah baik:
rancangan-rancangan untuk ~ taraf ekonomi orang Melayu;

memperbaiki [sastera lama] berbuat baik kepada:
Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;

kebaikan
1. perbuatan baik:
apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dengan ayahnya, kerana ayah, untuk ayah;

2. sifat baik:
tidak sanggup saya membalas ~ budinya;

3. faedah:
di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru untuk ~ rakyat;

perbaikan
1. perihal (keadaan dan sebagainya) menjadi bertambah baik, perihal makin baik;

2. hasil membaiki:
segala usul, pindaan, dan ~ dengan ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kepada pakar;
buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yang terdahulu;

pembaikan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membaikkan atau membaiki;
~ tanah perbuatan membaiki tanah supaya lebih subur;

pembaik orang yang (kerjanya) membaiki (membetulkan sesuatu):
~ kereta.