baiduri

sejenis batu permata yang terdapat dalam pelbagai warna atau tanpa warna, sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dalam batu igneus atau kawasan kolam air panas, opal;
~ bulan baiduri yang agak gelap warnanya;
~ pandan baiduri yang hijau warnanya;
~ sepah baiduri yang mempunyai ukiran akar atau kayu;
~ Yaman baiduri yang kuning warnanya.

baiah

[Arab]

1. perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa;

2. sokongan terhadap perjanjian yang dibuat (mis dengan menyebut nama Allah sebagai tanda sokongan).

bai

[bahasa percakapan] panggilan kepada orang Benggali (lelaki);
~ serbat Benggali yang menjual serbat.

bahu

1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak;
mengangkat ~ [bahasa percakapan] menyatakan tidak tahu;

2. bahagian perantaraan pada suatu torak (pada tempat torak itu dikecilkan);
~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan);
memikul di ~, menjunjung di kepala (peribahasa) mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat;
tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul (peribahasa) siapa yang bersalah harus menanggung akibatnya;

membahu memikul, menyauk, menyangga;

bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong:
mereka ~ memberikan bantuan.

bahtera

[sastera lama] kapal besar;
melayarkan ~ hidup ki menjalani kehidupan sehari-hari;
mengendalikan ~ rumah tangga mengendalikan kehidupan berumah tangga atau berkeluarga.

bahkan

1. malahan, tetapi juga, lebih-lebih lagi:
mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, ~ merosakkan adat istiadat Melayu;

2. [sastera lama] saya, ya:
sembahnya ~.