baharu

baru;

membaharui
1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain) supaya sesuatu itu menjadi baharu:
jalan itu sudah dibaharui;

2. mengulangi lagi:
dia tidak ~ pertanyaannya;

3. memulakan sesuatu semula:
rakyat membuka kampung untuk ~ hidup masing-masing;

4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dengan yang baru atau yang mempunyai tempoh kuat kuasa dan sebagainya yang baru:
pokok ini tidak payah ~ daunnya;
~ lesen memandu;

memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;

kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru:
satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan daripada karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia;

pembaharuan perihal (perbuatan dan lain-lain) membaharui:
mereka ini hendak membawa satu ~ dalam agama Islam;
mereka hanya cenderung kepada isi sehingga yang dimaksudkan oleh mereka sebagai ~ ialah ~ isi belaka;

pembaharu orang yang membawa pembaharuan:
A. Latiff Mohidin merupakan ~ dalam perpuisian Melayu.

bahari I

[sastera lama]

1. kuno, dahulukala;
zaman ~ zaman dahulukala;

2. bertuah (keris):
keris ~.

bahara

[sastera lama] timbangan berat (beratnya berlainan dan bergantung pada barang yang ditimbang):
diperbuatnya sepohon kayu mas dan buahnya daripada permata, kira-kira se~ mas harganya.

bahar I

[sastera lama] laut, sungai besar, danau besar;
amir al ~ raja laut (laksamana);
akar ~ sejenis karang, Antipathes abies.