(Sunda) [bahasa percakapan] zaman dahulu, kuno.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bahaya
sesuatu yang (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dan lain-lain):
dalam nahas kereta itu, ia sendiri yang terlepas daripada ~;
~ api = ~ kebakaran bencana yang boleh disebabkan oleh api;
~ bencana berbagai-bagai bencana;
~ kelaparan sesuatu yang boleh menyebabkan kelaparan;
~ maut sesuatu yang menyebabkan mati;
~ rugi kemungkinan rugi;
menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yang sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya;
berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dalam (terancam oleh) bahaya:
janganlah dikerjakan pekerjaan yang ~;
keberbahayaan perihal atau keadaan yang berbahaya:
~ itu tersembunyi dalam pembinaan tamadun Barat;
membahayakan mendatangkan bahaya:
di bandar itu ada tempat yang ~, tempat banyak orang kena rompak;
merokok ~ kesihatan.
bahawa II
[Perlis] ingin.
bahawa I
1. kata hubung yang menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yang sebelumnya atau sesudahnya), bahasa:
pemerhati-pemerhati berkata ~ dengan letupan bom atom, China hendak meluaskan lagi pengaruh politiknya di Asia dan Afrika;
2. pembuka kalimat pokok, sungguh-sungguh, adapun:
~ ia kaya sungguh;
3. = sebahawa [sastera lama] keadaan(nya), sifat(nya), adanya:
kelakuan puteri itu manis se~;
bahawasanya
1. bahawa;
2. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya.
bahau
[Perlis] makan.
bahasa III
agak, sedikit;
angin sepoi-sepoi ~ angin yang bertiup lemah lembut;
gila-gila ~ agak gila;
= basa IV.
bahasa II
bahawa:
saya tahu ~ ia malas;
= basa I.
bahasa I
1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya):
~ Melayu;
~ Tagalog;
2. percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun;
kurang ~ kurang sopan;
tidak tahu ~ tidak sopan santun;
~ alamiah = ~ tabii bahasa yang digunakan oleh manusia dalam keadaan semula jadi;
~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yang biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya;
~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dan sebagainya, bukan melalui pertuturan;
~ baku bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dan lain-lain) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, bahasa standard;
~ basahan = ~ hari-hari bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari;
~ besar bahasa yang sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yang tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia;
~ buatan
a) = ~ rekaan bahasa yang menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk kegunaan tertentu (seperti dalam komputer);
b) = ~ dunia;
~ dagang bahasa perdagangan;
~ bumiputera bahasa peribumi;
~ daerah loghat daerah;
~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yang dipakai di istana);
~ dunia
a) bahasa yang dipakai oleh jumlah orang yang amat besar bilangannya di merata dunia (seperti bahasa Inggeris);
b) = ~ buatan bahasa rekaan yang disyorkan dipakai di seluruh dunia (seperti bahasa Esperanto);
~ halus bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya);
~ hidup bahasa yang masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat;
~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil;
~ ilmu bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi;
~ isyarat cara berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yang lazim dalam sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota;
~ (kacuk-)kacukan = ~ pasar
a) bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul;
b) bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan), pijin;
~ kasar bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan);
~ kebangsaan bahasa yang diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain;
~ kedua bahasa yang (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yang diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang;
~ kesat bahasa kasar yang digunakan untuk percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya;
~ kiasan perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam makna yang berlainan daripada makna sebenar atau makna biasa perkataan itu;
~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan untuk mengarang atur cara komputer;
~ lisan bahasa seperti yang digunakan sewaktu bercakap;
~ mati bahasa yang tidak digunakan lagi (secara aktif) dalam masyarakat;
~ Melayu kuno bahasa Melayu yang digunakan pada zaman dahulu;
~ moden bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris;
~ nadaan bahasa yang pola nadanya membentuk sebahagian daripada struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai;
~ Oceania bahasa yang dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik;
~ penghantar (pengantar) bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau dalam perundingan (mesyuarat dan sebagainya);
~ penyatu bahasa persatuan;
~ peraga bahasa utama yang saling melengkapi bahasa kedua (seperti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris);
~ perantaraan bahasa yang digunakan dalam perhubungan (percakapan dan lain-lain) antara orang-orang yang berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa);
~ percakapan bahasa hari-hari;
~ perdagangan bahasa yang digunakan dalam dunia perdagangan;
~ peribumi bahasa yang dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dalam komuniti berkenaan, misalnya bahasa Iban;
~ persatuan bahasa yang berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya, agama dan sebagainya;
~ persuratan bahasa yang digunakan dalam penulisan dan karya kesusasteraan;
~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan;
~ rojak [bahasa percakapan] bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris);
~ sasaran bahasa yang menjadi tumpuan atau hasil terjemahan daripada bahasa yang lain;
~ standard bahasa baku;
~ sukuan bahasa yang digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak;
~ sumber
a) bahasa yang merupakan (bahasa) asal kata pinjaman;
b) bahasa yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain;
ilmu ~
a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa;
b) tatabahasa;
~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli (peribahasa) hendaklah menjaga budi bahasa walau daripada kaum yang hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga);
~ menunjukkan bangsa (peribahasa) daripada budi bahasa, orang dapat menilai kita;
berbahasa
1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa:
orang Kemboja ~ Khmer;
kemampuan ~ seorang penutur;
2. mempunyai budi bahasa yang baik, berbudi bahasa:
ia seorang yang ~;
membahasakan, memperbahasakan
1. melahirkan dengan perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan:
bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara;
2. menyebut, memanggil:
dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar;
3. menegur, mempersilakan dengan hormat:
mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;
kebahasaan hal dan sebagainya yang berkaitan dengan bahasa:
soal-soal ~ dibincangkan dalam seminar itu;
meninjau masalah-masalah ~;
perbahasaan
1. peribahasa;
2. pertuturan:
pakaian dan ~nya telah bertukar;
pembahasaan perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) melahirkan idea, gagasan dan sebagainya dengan menggunakan bahasa:
teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yang mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;
perbahasa
1. = perbahasaan peribahasa;
2. adat sopan santun.
bahas
penyelidikan, pengupasan, perbincangan;
ilmu ~ pengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yang benar) dengan jalan bertukar fikiran;
berbahas, berbahas-bahasan berbincang dengan seseorang atau pihak yang lain mengenai sesuatu perkara dengan mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat:
mereka ~ mengenai kesalahan bahasa;
membahaskan
1. membincangkan sesuatu dengan mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan:
persidangan untuk memilih usul-usul yang akan dibawa dalam sidang agung untuk dibahaskan;
2. mengupas, mengkritik, membantah:
kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;
bahasan
1. kritik, penyelidikan;
2. = perbahasan;
perbahasan
1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan:
dalam ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yang bukan-bukan;
~ mengenai rang undang-undang;
2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri daripada tiga orang) yang membahaskan sesuatu tajuk (secara formal):
~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;
pembahasan perihal membahaskan;
pembahas orang yang membahaskan (sesuatu perkara), orang yang mengambil bahagian dalam (peraduan) perbahasan:
~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri daripada dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu.
baharullah
[Arab] laut (Allah):
tempuhlah lautan ~ yang luas itu;
=
bahar I.