bahaya

sesuatu yang (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dan lain-lain):
dalam nahas kereta itu, ia sendiri yang terlepas daripada ~;
~ api
= ~ kebakaran bencana yang boleh disebabkan oleh api;
~ bencana berbagai-bagai bencana;
~ kelaparan sesuatu yang boleh menyebabkan kelaparan;
~ maut sesuatu yang menyebabkan mati;
~ rugi kemungkinan rugi;
menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yang sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya;

berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dalam (terancam oleh) bahaya:
janganlah dikerjakan pekerjaan yang ~;

keberbahayaan perihal atau keadaan yang berbahaya:
~ itu tersembunyi dalam pembinaan tamadun Barat;

membahayakan mendatangkan bahaya:
di bandar itu ada tempat yang ~, tempat banyak orang kena rompak;
merokok ~ kesihatan.

berkongsi