bahang I

hawa panas, kehangatan (yang terbit daripada api, panas tubuh, dan lain-lain):
tidak tertahan ~ api;

berbahang menjadi panas (hangat):
kabus tebal sudah nipis dan beransur-ansur lesap kerana hawa sang suria telah mula ~;

membahang
1. menerbitkan kepanasan, (menjadi) sangat panas:
debu di jalan berterbangan apabila dihembus angin yang bertiup ~ bara;

2. [kiasan] memerahkan (muka) kerana panas:
marahnya ~ muka;

membahangi mengenakan (menimpakan) hawa panas pada, membawa bahang pada:
cahaya matahari boleh masuk tetapi tidak ~ ruang di dalam rumah.

bahana III

1. kerana, sebab:
tubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit;

2. sesuatu yang timbul disebabkan daripada sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dan sebagainya), terutamanya yang kurang baik atau yang buruk, kesan, akibat:
engkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu;
kuncupan aktiviti ekonomi negara yang berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, seperti meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk.

bahana II

[sastera lama] 1. berbeza;

2. luar biasa, amat (elok, besar, dan lain-lain):
paras adinda terlalu ~, lemah lembut sedang perdana;

= behena.

bahana I

1. bunyi kuat:
~ meriam berdentum;

2. dengung, deru, gema:
~ anak panah;

3. bising, suara riuh rendah:
~ tentera berjalan;

4. [sastera lama] kata, suara;
menteri yang muda menghambur ~;

membahana
1. menjadi bergema, bergaung, dan lain-lain kerana sesuatu bunyi;

2. [kiasan] menjadi jelas, terang, menjadi nyata:
masalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi;

membahanakan menyebabkan menjadi bahana.

bahan

1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu;
besar kayu besar ~nya (peribahasa) banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan;

2. sesuatu atau beberapa benda (barang dan sebagainya) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan:
emak sedang membeli ~ pembuat kuih;
~ rujukan
terbitan yang dijadikan rujukan (untuk pembelajaran, pengkajian, dan lain-lain);

3. hal-hal yang akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dalam ucapan, dan lain-lain):
ia sedang mencari ~-~ untuk bercakap dengan lawannya;

4. barang-barang yang akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dan lain-lain);

5. benda (alat):
Maimun belajar menggunakan ~ -~ perhiasan;
~ aktif permukaan
(Kimia) sejenis bahan dalam serbuk pencuci yang menyebabkan pembentukan buih;
~ api bahan (seperti kayu, arang batu, minyak, dan sebagainya) yang digunakan untuk menghasilkan haba atau tenaga;
~ api fosil bahan api daripada sumber semula jadi (seperti arang batu, minyak, dan gas asli) yang terhasil daripada penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu;
~ asli bahan-bahan yang terdapat dalam alam semula jadi (seperti bahan galian, air, dan lain-lain);
~ bakar benda yang dipakai untuk membakar (dalam enjin dan lain-lain);
~ baku [Indonesia] benda yang terutama dipakai dalam industri;
~ galian benda yang diambil dari dalam tanah;
~ kasar benda yang masih kotor (belum dibersihkan);
~ makanan barang-barang untuk makanan;
~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar;
~ mentah barang-barang (seperti hasil tanaman, galian, dan sebagainya) yang digunakan dalam perusahaan dan sebagainya untuk menghasilkan barang lain;
~ pakaian kain untuk dibuat pakaian;
~ peledak (peletus) benda-benda yang dapat diledakkan (mesiu dan lain-lain);
~ penyubur benda yang boleh menyuburkan tumbuhan;
~ perantara (Kimia) sebatian organik yang terbentuk di antara bahan mula dengan hasil akhir dalam tindak balas sintesis kimia;
~ petrokimia sebatian organik yang diperoleh daripada petroleum atau gas asli;
~ rumah barang-barang pembuat rumah;
~ sel penapis (Biologi) benda-benda yang membentuk sel penapis;
~ tambah (Kimia) sesuatu bahan yang dicampurkan ke dalam bahan utama, lazimnya dalam kepekatan yang rendah untuk tujuan tertentu;
~ uji (Kimia) bahan yang digunakan dalam analisis kimia untuk menghasilkan tindak balas dalam makmal, reagen;

membahan
1. menarah, membelah, merimbas (kayu);

2. menghentam, memukul:
ia hendak ~ adiknya;

perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data untuk kajian (penyelidikan dan sebagainya):
penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ untuk kajiannya.

baham I

membaham
1. makan dengan gelojoh:
harimau itu ~ kambing yang menjadi mangsanya;

2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (seperti memukul, menyeksa, dan sebagainya), membahan:
dia ~ pencuri itu dengan sebatang kayu;

3. memamah (makan) makanan dengan mulut tertutup;
~ tanah
a) memakan tanah;
b) [bahasa kasar] mati, mampus.