bahan

1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu;
besar kayu besar ~nya (peribahasa) banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan;

2. sesuatu atau beberapa benda (barang dan sebagainya) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan:
emak sedang membeli ~ pembuat kuih;
~ rujukan
terbitan yang dijadikan rujukan (untuk pembelajaran, pengkajian, dan lain-lain);

3. hal-hal yang akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dalam ucapan, dan lain-lain):
ia sedang mencari ~-~ untuk bercakap dengan lawannya;

4. barang-barang yang akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dan lain-lain);

5. benda (alat):
Maimun belajar menggunakan ~ -~ perhiasan;
~ aktif permukaan
(Kimia) sejenis bahan dalam serbuk pencuci yang menyebabkan pembentukan buih;
~ api bahan (seperti kayu, arang batu, minyak, dan sebagainya) yang digunakan untuk menghasilkan haba atau tenaga;
~ api fosil bahan api daripada sumber semula jadi (seperti arang batu, minyak, dan gas asli) yang terhasil daripada penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu;
~ asli bahan-bahan yang terdapat dalam alam semula jadi (seperti bahan galian, air, dan lain-lain);
~ bakar benda yang dipakai untuk membakar (dalam enjin dan lain-lain);
~ baku [Indonesia] benda yang terutama dipakai dalam industri;
~ galian benda yang diambil dari dalam tanah;
~ kasar benda yang masih kotor (belum dibersihkan);
~ makanan barang-barang untuk makanan;
~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar;
~ mentah barang-barang (seperti hasil tanaman, galian, dan sebagainya) yang digunakan dalam perusahaan dan sebagainya untuk menghasilkan barang lain;
~ pakaian kain untuk dibuat pakaian;
~ peledak (peletus) benda-benda yang dapat diledakkan (mesiu dan lain-lain);
~ penyubur benda yang boleh menyuburkan tumbuhan;
~ perantara (Kimia) sebatian organik yang terbentuk di antara bahan mula dengan hasil akhir dalam tindak balas sintesis kimia;
~ petrokimia sebatian organik yang diperoleh daripada petroleum atau gas asli;
~ rumah barang-barang pembuat rumah;
~ sel penapis (Biologi) benda-benda yang membentuk sel penapis;
~ tambah (Kimia) sesuatu bahan yang dicampurkan ke dalam bahan utama, lazimnya dalam kepekatan yang rendah untuk tujuan tertentu;
~ uji (Kimia) bahan yang digunakan dalam analisis kimia untuk menghasilkan tindak balas dalam makmal, reagen;

membahan
1. menarah, membelah, merimbas (kayu);

2. menghentam, memukul:
ia hendak ~ adiknya;

perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data untuk kajian (penyelidikan dan sebagainya):
penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ untuk kajiannya.

berkongsi