terbahak-bahak tertawa dengan kuat dan tidak tertahan-tahan (kerana terlalu geli hati), tertawa gelak-gelak:
mendengar jawabanku, Hasni ketawa ~.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bahagia
1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira:
maka hiduplahmereka berdua dengan aman ~;
2. = berbahagia beruntung:
moga-moga ~lah engkau kelak;
membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia:
tidak sanggup ia ~ suaminya;
kebahagiaan perasaanbahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan:
membanting tulang kerana hendak memberi ~ kepada isterinya.
Bahai kepercayaan agama yang diasaskan pada tahun 1863 oleh Baha’ullah, yang menekankan nilai semua agama dan perpaduan umat manusia.
bahagi
belahan daripada sesuatu benda:
benda itu dikerat menjadi empat ~;
dua ~ [sastera lama] dua pertiga;
tiga ~ [sastera lama] tiga perempat;
membahagi
1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yang sama):
keuntungan itu dibahagi dua;
2. memecahkan dan memberikan kepada:
hasil kutipan itu dibahagi rata kepada rumah-rumah anak yatim piatu;
3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dengan sesuatu bilangan atau angka lain:
lapan dibahagi empat;
~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yang terdapat di dalam angka lain;
membahagikan
1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian:
Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kepada dua bahagian tetapi juga kepada dua iklim;
sastera Melayu dapat dibahagikan kepada sastera lama dan sastera moden;
2. menjadikan terpisah, memisahkan:
Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dengan Sumatera;
3. memberikan;
membahagi-bahagikan
1. membahagi dan memberikan kepada beberapa orang yang lain, mengagih-agihkan:
~ barang rampasan;
2. memberikan sesuatu (seperti surat edaran , risalah, dan sebagainya) kepada setiap orang yang ada di sesuatu kawasan:
~ risalah;
terbahagi dibahagi, dibahagikan;
bahagian
1. hasil daripada membahagi:
dibahagikan kepada tiga ~;
2. penggal (buku, cerita, dan lain-lain):
~ terakhir buku itu tidak menarik;
3. hak atas barang yang dibahagi, habuan:
~ saya belum saya terima lagi;
4. sesuatu (benda, alat, dan lain-lain) yang menyempurnakan barang yang lain:
~ tubuh;
5. unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu:
~ kewangan;
6. untung nasib:
setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;
sebahagian setengah, segolongan;
pembahagian perihal membahagi(kan):
dalam ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan daripada mendapat habuannya;
pembahagi
1. yang membahagi(kan);
2. (Matematik) bilangan yang dipakai untuk membahagi;
~ dua (Matematik) garis yang membahagi dua sesuatu sudut;
~ persekutuan terbesar [Indonesia] bilangan terbesar yang dapat membahagi beberapa bilangan lain.
bahaduri
[sastera lama] berani, gagah perkasa;
bintang ~ pingat tanda keberanian.
bahadur
[sastera lama]
1. pahlawan, kesateria;
2. gagah berani.
bahadi
= badi.
bah IV
[kependekan] bahasa.
bah III
[Kelantan] bawah.
bah II
[kependekan] babah.
bah I
= air ~ banjir, air besar;
musim ~ musim banjir;
salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang (peribahasa)
a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua;
b) pada masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dalam masa tiada pekerjaan.