bahagi

belahan daripada sesuatu benda:
benda itu dikerat menjadi empat ~;
dua ~
[sastera lama] dua pertiga;
tiga ~ [sastera lama] tiga perempat;

membahagi
1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yang sama):
keuntungan itu dibahagi dua;

2. memecahkan dan memberikan kepada:
hasil kutipan itu dibahagi rata kepada rumah-rumah anak yatim piatu;

3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dengan sesuatu bilangan atau angka lain:
lapan dibahagi empat;
~ konkrit
mencari beberapa kali sesuatu angka yang terdapat di dalam angka lain;

membahagikan
1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian:
Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kepada dua bahagian tetapi juga kepada dua iklim;
sastera Melayu dapat dibahagikan kepada sastera lama dan sastera moden;

2. menjadikan terpisah, memisahkan:
Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dengan Sumatera;

3. memberikan;

membahagi-bahagikan
1. membahagi dan memberikan kepada beberapa orang yang lain, mengagih-agihkan:
~ barang rampasan;

2. memberikan sesuatu (seperti surat edaran , risalah, dan sebagainya) kepada setiap orang yang ada di sesuatu kawasan:
~ risalah;

terbahagi dibahagi, dibahagikan;

bahagian
1. hasil daripada membahagi:
dibahagikan kepada tiga ~;

2. penggal (buku, cerita, dan lain-lain):
~ terakhir buku itu tidak menarik;

3. hak atas barang yang dibahagi, habuan:
~ saya belum saya terima lagi;

4. sesuatu (benda, alat, dan lain-lain) yang menyempurnakan barang yang lain:
~ tubuh;

5. unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu:
~ kewangan;

6. untung nasib:
setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;

sebahagian setengah, segolongan;

pembahagian perihal membahagi(kan):
dalam ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan daripada mendapat habuannya;

pembahagi
1. yang membahagi(kan);

2. (Matematik) bilangan yang dipakai untuk membahagi;
~ dua (Matematik) garis yang membahagi dua sesuatu sudut;
~ persekutuan terbesar [Indonesia] bilangan terbesar yang dapat membahagi beberapa bilangan lain.

berkongsi