cenderung

1. tidak tegak, condong, senget;

2. menaruh minat (keinginan, kasih, dan sebagainya) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kepada:
ia lebih ~ membaca novel;

3. berpihak kepada, memilih pihak, menyebelahi, condong:
hakim yang adil tidak ~ kepada pihak mana pun;

4. [sastera lama] lereng bukit (jurang, tebing, dan lain-lain) yang curam:
~ yang tinggi lagi terjal;

mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pada sesuatu:
dalam artikel ini, tumpuan akan diberikan kepada peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yang ~ mereka kepada penyalahgunaan dadah;

kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (berkenaan (dengan) bakat, hati):
pendapat pentafsir itu bergantung pada ~nya;
kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dengan ~ kanak-kanak;

berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau untuk melakukan sesuatu):
sudah ada kes yang menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yang sudah biasa dengan kehidupan huru-hara itu ~ untuk mencipta fenomena serupa itu di sini.

berkongsi