lembap

1. masih basah (mis tuala, tanah, dan lain-lain), tidak kering:
kain baju yang dijemur itu masih ~;
jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak;

2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dan lain-lain), tidak nyaring, kendur, tawar;

3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dalam pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam:
Salimlah satu-satunya budak yang ~ dalam pelajaran, tetapi dia petah bercakap;
jika peruncit membeli keluaran yang tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yang ~ dan mengalami kerugian;

melembap menjadi lembap (kulit dan sebagainya):
peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~;

melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap:
tanah yang terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu;

lembapan sesuatu (bahan dan sebagainya) yang lembap;

kelembapan
1. perihal lembap (tidak kering):
kabusnya tebal kerana ~nya tinggi;

2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman:
~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pada awal tahun 1980-an;

pelembapan perihal (tindakan dan sebagainya) menjadikan lembap:
pertama pembersihan, penyegaran dan ~ muka;

pelembap (bahan dan sebagainya) yang melembapkan (kulit dan lain-lain).

berkongsi