istimewa

1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus:
kami melihat pertunjukan itu dari satu pentas ~;
gabungan sel yang ~ untuk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf;

2. lain daripada yang lain, luar biasa:
rombongan muhibah itu telah diberi layanan yang paling ~;
soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yang ~ dalam perdebatan Dewan Rakyat;

3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya:
negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang;
sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak;

mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan ~:
kedudukan Malaya samalah dengan negara-negara lain yang ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang untuk eksport;
tidak ada seorang pun yang diistimewakan dalam undang-undang negeri ini;

teristimewa
1. yang sangat khas, yang luar biasa, terkhusus:
perkara yang ~ berkenaan dengan keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras;

2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama:
tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk;

keistimewaan perihal istimewa:
ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dengan kawan-kawannya.

berkongsi