[Jawa] tupai, Sciurus notatus.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bajik
kebajikan sesuatu yang membawa kebaikan, perbuatan baik, kebaikan:
berbuat ~ kepada orang.
baji-baji
sejenis ikan laut yang panjang, Platycephalus spp.
baji
1. kayu (besi) lancip untuk membelah kayu;
2. pasak untuk merapatkan sesuatu (yang renggang);
~ dahan membelah dahan (peribahasa) membuat kebajikan kepada orang dengan perbelanjaan orang itu sendiri;
bersua ~ dengan matan = tahan ~ oleh keldai (peribahasa) kuat sama kuat, berani sama berani;
membaji
1. membelah dengan baji;
2. merapatkan (menguatkan) dengan baji.
bajet
[bahasa percakapan] belanjawan.
Bajau II
suku kaum peribumi yang ketiga terbesar di Sabah, yang terbahagi kepada dua golongan, iaitu Bajau Laut yang tinggal di timur Sabah dan Bajau Darat di barat Sabah, yang masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza, dan kegiatan utama mereka ialah bertani, menternak serta menangkap ikan.
bajau I
membajau memukul.
bajang-bajang
sejenis tumbuhan (rumpai), kemucup, kemuncup, Chrysopogon aciculatus.
bajang II
daun ~ sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar asam tebing darat, akar ketam, akar meroyan sembang, daun ketam, serundang, Anadendrum montanum.
bajang I
1. hantu yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan yang sedang mengandung atau kanak-kanak;
2. = lidah ~ = kuku ~ tanggam penyambung kayu (menyerupai ekor burung layang-layang).