berbataskan

mempunyai sesuatu sebagai batas:
negeri itu di sebelah utara ~ laut;

membatas menjadi (seperti) batas (ceraian, sekatan, dan lain-lain):
sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;

membatasi
1. membuat batas, memberi batas:
sungai itu ~ taman;

2. mengantarai, memisahkan, menceraikan:
tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan;

3. mengehadkan, menyekat, merintangi:
soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masak-masak;

4. menghuraikan, (dengan tepat) memberi definisi:
~ makna kata maujud;

terbatas terhad, tersekat, tidak luas:
pengorbanan yang saya maksudkan bukan hanya ~ kepada harta benda sahaja;

keterbatasan perihal (keadaan dan sebagainya) terbatas:
dalam ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yang menarik perhatian saya;
~ ruang untuk pelakon bergerak;
~ pengetahuan;
~ kefahaman orang awam;

batasan
1. batas, sempadan;

2. sesuatu atau keadaan yang menyekat:
dalam ~-~ yang ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yang membincangkan isu-isu ekonomi yang dianggap penting;

3. huraian makna sesuatu, definisi;

perbatasan sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan:
pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;

pembatasan perihal (tindakan dan sebagainya) membatasi:
~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;

pembatas orang atau sesuatu (seperti alat dan lain-lain) yang membatasi:
mereka tetap dalam kesukaan dan kegembiraan yang tidak mengenal ~ waktu.

berbantu-bantuan

saling membantu antara satu sama lain:
jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri;

berbantukan menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dan sebagainya):
pemelajaran membaca yang ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca;

membantu memberi pertolongan, menolong, menyokong:
keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dengan modal;

membantui menolongi:
sebarang kerja yang boleh dan patut dibantuinya;

memperbantukan, membantukan menjadikan penolong:
tentera itu diperbantukan oleh negara-negara sahabat untuk mempertahankan Malaysia;

bantuan sesuatu yang diberikan atau dilakukan untuk membantu, pertolongan, sokongan:
beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi daripada Amerika Syarikat;
~ guaman
bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kepada orang yang tidak mampu membiayai kos khidmat peguam;

pembantuan, perbantuan perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) membantu:
kekayaan yang diperoleh bukanlah kerana kecerdikannya tetapi lantaran perbantuan isterinya;

pembantu orang (alat dan lain-lain) yang membantu, penolong:
anaknya seorang sahajalah yang merupakan ~nya;
~ rumah
seseorang, biasanya perempuan, yang bekerja di rumah orang untuk membuat kerja seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain, orang gaji.

berbagai-bagai, bagai-bagai

bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dan lain-lain) yang berlainan:
ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara daripada musuhnya;

membagaikan [Minangkabau] = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;

pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis:
tarian Timur lebih ditekankan kepada perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pada mutu dinamik ~ tarian itu;

mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis:
selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport;
ini satu langkah untuk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pada pertanian;

kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis:
~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia;
sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;

pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dan lain-lain):
~ keluaran.

berat

1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu):
cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu;

2. tidak ringan, mempunyai tekanan yang kuat (kalau ditimbang):
tidak terpikul olehku benda yang ~ itu;

3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dan sebagainya), sulit, susah:
kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah;
kerja dan tanggungjawab yang ~;

4. amat sangat, kuat:
dia sakit ~;

5. menyebelah, memihak;
~ pada (kepada) memihak kepada;
~ sebelah menyebelah kepada satu pihak (tidak adil);

6. berkenaan novel, drama, dan lain-lain yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya):
novel Salina karya A. Samad Said ialah sebuah novel yang ~;

7. berkenaan kesalahan dan lain-lain yang tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius:
membunuh ialah satu kesalahan yang ~;
azab seksa yang ~;

8. berkenaan sikap (pendirian dan sebagainya) yang sungguh-sungguh:
Mohd Affandi memberi perhatian yang ~ kepada masyarakat dalam tulisannya ini;

9. berkenaan makanan yang (sangat) mengenyangkan:
makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk;~ atom berat sesuatu atom berbanding dengan berat satu atom hidrogen;
~ hati
a) enggan, tidak sampai hati:
~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah;
b) cenderung (memikirkan, menyangka, dan lain-lain):
~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dalam kemalangan;
~ kepala

a) sukar mengerti, sukar belajar;
b) susah hati;
c) sakit kepala;
~ lidah
= ~ mulut pendiam, kurang ramah;
~ mata (lekas) mengantuk;
~ otak susah hati;
~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas;
~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran;
~ tulang malas;
~ sama dipikul, ringan sama dijinjing (peribahasa) baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat);
berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul (peribahasa) betapa juga susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggungnya;
nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing (peribahasa) orang yang sangat tua dan lemah;

berberat mempunyai berat:
nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram;

memberat
1. menjadi berat:
dia berasa sesuatu yang ~ di dalam dadanya;

2. tampak berat, seakan-akan berat:
susu kambing itu tergayut-gayut dan ~;
~ isi
[Kelantan] telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dan lain-lain);

memberati
1. memberi beban (kepada), membebani:
baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini;

2. menambah beban, menyusahkan:
hal rumah tangga ~ fikirannya;

memberatkan
1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dan lain-lain):
urusan yang semacam ini ~ beban saya;
keterangan saksi itu ~ kesalahannya;

2. membebankan (menyerahkan kepada):
pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kepada seseorang sahaja;

3. menganggap penting (tinggi, mulia, dan lain-lain), mengutamakan, mementingkan:
soal taraf lebih diberatkan daripada kepentingan negara;
tulisan kritikan sastera Melayu yang ~ aspek agama;

memperberat menambah berat, memberatkan lagi;

terberat [sastera lama] dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dan lain-lain):
pada bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pada mata orang sekalian;

keberatan
1. beratnya (benda, perkara, dan lain-lain):
kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami;

2. kesukaran, kesulitan:
tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu;

3. [Jakarta] terlampau berat, melebihi (muatan):
tak terangkat olehnya kerana ~;

4. mengandung sarat;

5. tidak rela (kerana susahdan lain-lain), tidak suka, enggan:
ia agak ~ menemanisaya;

berkeberatan keberatan;

pemberatan perihal memberati atau memberatkan;

pemberat benda (seperti batu, timah, dan sebagainya) untuk memberatkan sesuatu.

beraso

sejenis cecair penggilap barang-barang logam supaya berkilat semula;

berberaso
1. telah dibubuhi beraso:
kain buruk yang ~ itu disapukan pada bekas tembaga itu;

2. telah dicuci dengan beraso:
piala itu sudah ~;

memberaso menggosok dengan beraso, membubuh beraso:
jari-jari roda basikal yang sudah diberaso itu digosoknya juga.

beras

1. padi yang sudah dikupas kulitnya dan sedia untuk dimasak:
diambilnya ~ dan ditanaknya nasi;

2. buah yang berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dan lain-lain), biji-bijian;
~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yang tidak berguna;
~ basmati sejenis beras panjang yang ditanam di India dan Pakistan dan digunakan untuk memasak nasi beriani, nasi minyak, dan sebagainya;
~ belanda sejenis padi-padian, barli;
~ bertih padi yang digoreng (dengan tidak memakai minyak);
~ ceruh = ~ sosoh beras yang telah dibersihkan dengan selaputnya sekali;
~ giling beras yang dikupas dengan penggilingan;
~ goreng
a) beras yang digoreng;
b) sejenis ukiran pada bakul;
~ hancur = ~ patah beras yang hancur;
~ kepala beras yang terbaik;
~ ketan [Indonesia] = ~ pulut beras yang melekat kalau ditanak;
~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras;
~ kunyit beras yang dikuningkan dengan kunyit;
~ meja beras yang putih (baik);
~ merah = ~ perang beras yang berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan);
~ pecah kulit beras yang masih berselaput;
~ rebus beras yang setengah dimasak;
~ sosoh beras yang diputihkan dengan cara menyosoh;
~ terdorong ke Tiku (peribahasa)
a) perihal barang yang mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar;
b) gadis yang tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut;
kalau tiada ~, kerja tiada deras (peribahasa) jika tidak ada daya, terimalah nasib;
seperti ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual (peribahasa) sesuatu yang tidak berharga (kurang baik):
tak ~, antah dikisik (peribahasa) untuk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya;
taruh ~ dalam padi (peribahasa) nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;

berberas mempunyai beras;
tak ~ akan ditanak (peribahasa) tidak ada kepandaian untuk dipertunjukkan (dalam keramaian dan lain-lain).

berapa

1. (kata tanya) untuk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dan lain-lain):
~ jumlahnya?;
~ harga buku itu?

2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya):
dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka;

3. bagaimana, betapa:
tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini;
~ pun
bagaimanapun, betapa pun;

4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya):
tidak ~ lama.