berdikari

berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain untuk menolongnya:
belajar hidup ~.

berbuah

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica.

berbengkung

memakai bengkung:
Tun Tahar menukar pakaiannya dengan pakaian warna merah, ~, dan berdestar merah juga;

membengkung membebat atau membalut dengan bengkung:
selepas bertungku, sediakan pula kelengkapan untuk ~ perut;

terbengkung
1. terlilit dengan bengkung;

2. [kiasan] terbelenggu (tidak bebas):
manusia ingin keluar daripada kesempitan hidup yang dirasakan ~ oleh tradisi.

berbenci-bencian

saling membenci:
perasaan bermusuh-musuhan dan ~;

membenci benci akan, tidak menyukai:
saya rasa saya ~nya lebih daripada saya menyukainya;

berbatu

dilitupi atau mempunyai batu:
kereta itu melalui jalan yang ~ kerikil;

berbatu-batu banyak batu jaraknya:
mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;

membatu
1. menjadi keras (seperti batu):
tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;

2. berdiam diri, tidak mahu bercakap:
mereka bersikap ~ dan membisu;

3. melontari dengan batu:
kedai si Ah Kau dibatu orang pada malam hari;

membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dan lain-lain);

membatukan ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu;

batuan (Geologi) gumpalan atau ketulan bahan galian, seperti arang batu, batu kapur, granit, dan lain-lain yang membentuk sebahagian daripada kerak bumi;
~ enapan batuan yang terbentuk daripada pengumpulan enapan yang dibawa oleh air, udara, dan lain-lain.

perbatuan jarak dalam batu yang dilalui oleh kenderaan bermotor dalam sesuatu tempoh masa.