berbatu

dilitupi atau mempunyai batu:
kereta itu melalui jalan yang ~ kerikil;

berbatu-batu banyak batu jaraknya:
mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;

membatu
1. menjadi keras (seperti batu):
tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;

2. berdiam diri, tidak mahu bercakap:
mereka bersikap ~ dan membisu;

3. melontari dengan batu:
kedai si Ah Kau dibatu orang pada malam hari;

membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dan lain-lain);

membatukan ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu;

batuan (Geologi) gumpalan atau ketulan bahan galian, seperti arang batu, batu kapur, granit, dan lain-lain yang membentuk sebahagian daripada kerak bumi;
~ enapan batuan yang terbentuk daripada pengumpulan enapan yang dibawa oleh air, udara, dan lain-lain.

perbatuan jarak dalam batu yang dilalui oleh kenderaan bermotor dalam sesuatu tempoh masa.

berkongsi