berembang

sejenis tumbuhan (pokok yang tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, Sonneratia alba;
buah ~

a) buah pokok berembang;
b) bulatan pada puncak tiang.

beremban

kayu melintang (untuk menguatkan pagar, empang, dan lain-lain);
~ bukit = ~ darat sejenis tumbuhan (pokok), pedada bukit (darat), Duabanga sonneratioides.

bereksa

1. sejenis tumbuhan (pokok), beka, gedayang, kedaung, Parkia javanica;

2. sejenis tumbuhan (pokok), busuk-busuk, sebusuk (hutan), Cassia nodosa;

3. sejenis tumbuhan (pokok), sebatai, Cassia timoriensis;

beksa, beraksa I

berek-berek I

sejenis burung (biasanya terbang malam),
a) Merops leschenaulti;
b) Merops philipinus;
~ laga siang, malam sekelelapan
(peribahasa) nampaknya berselisih sahaja, tetapi batinnya mereka seia sekata.

berek

bangunan atau kumpulan beberapa buah rumah untuk tempat tinggal anggota tentera atau polis:
~ polis.