[Jakarta] lecet (melecet), tergores kulit.
Category Archives: Kamus Dewan Online
beret II
sejenis topi yang berbentuk bulat dan leper, dibuat daripada sejenis kain.
beret I
[Jakarta]
1. sangat pemilih;
2. banyak permintaan.
beres II
1. teratur, rapi, tidak kacau:
kehidupan kau masih belum ~ lagi;
2. selesai (perselisihan, hutang, dan lain-lain):
pertikaian dengan adiknya belum ~ lagi;
hutang telah ~;
tahu ~ [bahasa percakapan] tidak usah gaduh (semuanya akan beres);
membereskan
1. mengusahakan dan sebagainya supaya teratur (sempurna, kemas, dan sebagainya), mengatur, merapikan:
~ semua yang perlu untuk mesyuarat;
2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dan lain-lain):
hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;
keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian;
pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membereskan.
beres I
[Minangkabau] [arkaik] sangat sejuk.
bererot
[Jakarta], bererotan berduyun-duyun, beriring-iring.
berepas
[Kelantan] bercerai (kanak-kanak dengan orang tua).
bereo
[Jakarta] jambang dan jan ggut, berewok.
berenuak
[Perlis] banyak.
berentuh
[bahasa kasar] tidur.