saling membantu antara satu sama lain:
jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri;
berbantukan menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dan sebagainya):
pemelajaran membaca yang ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca;
membantu memberi pertolongan, menolong, menyokong:
keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dengan modal;
membantui menolongi:
sebarang kerja yang boleh dan patut dibantuinya;
memperbantukan, membantukan menjadikan penolong:
tentera itu diperbantukan oleh negara-negara sahabat untuk mempertahankan Malaysia;
bantuan sesuatu yang diberikan atau dilakukan untuk membantu, pertolongan, sokongan:
beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi daripada Amerika Syarikat;
~ guaman bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kepada orang yang tidak mampu membiayai kos khidmat peguam;
pembantuan, perbantuan perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) membantu:
kekayaan yang diperoleh bukanlah kerana kecerdikannya tetapi lantaran perbantuan isterinya;
pembantu orang (alat dan lain-lain) yang membantu, penolong:
anaknya seorang sahajalah yang merupakan ~nya;
~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yang bekerja di rumah orang untuk membuat kerja seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain, orang gaji.