bidas II

[Kelantan], [Terrenganu]

1. lastik:
budak itu suka bermain ~;

2. melastik:
Mamat mengajak Ali ~ burung punai.

Bidayuh suku kaum peribumi yang keempat terbesar di Sarawak, yang tinggal di merata daerah (terutamanya di Kuching dan Serian) dan juga dikenali sebagai Dayak Darat.

bidas I

membidas
1. memantul (balik):
setelah saya lepaskan, dahan itu ~;

2. menembus (pertahanan musuh dan lain-lain):
serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh;

3. mengecam:
menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang;

bidasan
1. gerakan membidas;

2. serangan, serbuan;

3. kecaman;

pembidas sejenis lembing yang dilepaskan dengan alat yang memantul.

bidang II

[sastera lama] sejenis perahu perang:
maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan.

bidang I

1. permukaan yang datar (batasnya tertentu):
maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang;

2. ukuran lebar sesuatu (seperti kain, tikar, dan lain-lain):
kain ini ~nya 39 inci atau satu meter;

3. lebar:
dadanya ~;

4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta):
dua ~;

5. penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dan sebagainya):
di tengah-tengah se~ sawah;

6. kegiatan yang diceburi, lapangan:
berkecimpung dalam ~ seni lakon;

7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dan sebagainya) yang tertentu, lapangan, jurusan:
melanjuntukan pelajaran dalam ~ kejuruteraan awam;

8. bahagian daripada permukaan sesuatu yang datar dan mempunyai keluasan yang tertentu:
kotak itu mempunyai enam ~;
~ kuasa
ketentuan-ketentuan yang menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yang ada pada atau yang boleh digunakan oleh seseorang;
~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang;

membidangkan membentangkan (kulit dan lain-lain) pada bingkai;
~ dada membusungkan dada;

bidangan [arkaik] bidang, petak;

bidan

orang (biasanya perempuan) yang mempunyai kemahiran untuk membantu ibu sewaktu melahirkan anak;
~ kampung wanita di kampung yang mempunyai kemahiran untuk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan);
~ kerajaan bidan yang berkhidmat dengan kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan);
~ tarik = ~ terjun
a) bidan yang dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu;
b) orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yang sepatutnya tidak ada atau tidak hadir);
bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin;
jikalau beranak ikut kata ~ (peribahasa) jika kita berkehendak sesuatu daripada orang lain, hendaklah kita turut apa yang dikatakannya;

berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak;
beranak tiada ~ (peribahasa) mendapat susah kerana kebodohan sendiri;

berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sebagai bidan:
dia melahirkan anak sulungnya dengan ~ bidan kampung sahaja;

membidani menolong orang bersalin:
upah bidan untuk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit;

kebidanan hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sebagai bidan:
ilmu ~;
pakar ~;

perbidanan perihal bidan.

bidal II

1. sarung jari pada logam, didal;

2. (Kejuruteraan) bahagian gerudi tempat memasukkan mata gerudi.

bidal I

= bidalan kata-kata yang sering kali disebut, dan yang mengandungi nasihat, peringatan, dan sebagainya.