bijak

1. (sangat) pandai, cerdik, pintar:
kau ~, kaulah seniman yang tahu menikmati kesenian alam;

2. pandai bercakap, petah lidah;

3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan:
berjimat-cermat pada zaman inflasi ialah satu langkah yang ~;
~ bestari
benar-benar bijak;
golongan ~ pandai cendekiawan;

kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran:
sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka.

bifstik

kepingan daging yang boleh dipanggang, digoreng, dan lain-lain, yang dipotong daripada bahagian daging pejal lembu.

bienial

(Biologi) tumbuhan (seperti lobak merah, rumput jarum, dan lain-lain) yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun.