bidur

[sastera lama]

1. bongkah timah yang beratnya tiga paun atau 1.36 kg;

2. kati (juga dipakai sebagai mata wang).

biduk

sejenis perahu (untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai);
bersatu ~ dengan bekerjasama dengan;
~ kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju (peribahasa) suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil;
~ lalu kiambang bertaut (peribahasa) lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik;
~ pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai (peribahasa) perihal suatu perusahaan yang bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir;
~ satu, nakhoda dua (peribahasa)
a) orang yang menduakan suami;
b) suatu pekerjaan yang ketuanya dua orang;
~ serempu sejenis perahu yang dibuat dengan lunas panjang dan lekuk;
~ upih pengayuh bilah (peribahasa) tiada berdaya untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan;
lain ~ lain digalang (peribahasa)
a) lain disoal lain dijawab;
b) lain yang berbuat salah, lain pula yang tertuduh;
pacak mencerca ~ orang, ~ sendiri tak terkayuh (peribahasa) kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak;
seperti ~ dikayuh hilir (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang sedia digemarinya;
terkatung-katung macam ~ patah kemudi (peribahasa) peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yang menolong;
tertumbuk ~ dikelokkan, tertumbuk kata difikiri (peribahasa) kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain;
tertumpang di ~ tiris (peribahasa) terikat (tersekutui) pada pekerjaan yang merugikan;
tiada ~ karam sebelah (peribahasa) apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga;

berbiduk naik biduk.

biduanda

budak kundang, budak raja, juak-juak, hamba (suruhan) raja:
baginda … membuat segala anak tun-tun akan ~ kecil, pekerjaannya akan membawa segala alat raja.

bidis II

rumput ~ sejenis tumbuhan (rumput),
a) rumput ekor anjing, Saccolepis angusta;
b) rumput kemani, Saccolepis myosuroides.

bidik

membidik
1. mengarahkan sesuatu (senapang dan lain-lain) ke sasaran :
dia betul-betul sudah ~ batang tubuh salah seorang pengiring musuhnya;

2. mengarahkan pandangan dengan tetap kepada sesuatu;

membidikkan mengarahkan kepada;

terbidik-bidik terkedip-kedip (mata), terkejap-kejap;

pembidikan perbuatan membidik;

pembidik alat untuk membidik.

bidi

[Kelantan];

membidi
1. membela, mendidik;

2. memaut, membentuk (dengan cara memanaskan).

bidet

sejenis besen rendah yang boleh diisi air untuk membasuh bahagian kemaluan dan punggung.