bijirin

(Pertanian) biji-bijian (seperti gandum, barli, jagung, padi, dan sebagainya) yang dijadikan bahan makanan asas.

bijih

batu (tanah, pasir, dan sebagainya) yang mengandungi logam;
~ besi bijih yang mengandungi besi;
~ timah bijih yang mengandungi timah;

berbijih mengandungi bijih:
tanah ~.

biji III

~ durian sejenis ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.;
~ nangka
sejenis ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp.

biji II

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana.

biji I

1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah:
~ durian;
~ rambutan;

2. buah yang kecil-kecil:
~ padi;
~ kacang;

3. = ~ kemaluan [Indonesia] buah pelir;

4. [bahasa percakapan] kelentit;

5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dan lain-lain):
beri aku beberapa ~ daripada buah itu;

6. [Indonesia] markah:
murid itu mendapat ~ yang tinggi untuk hitungan;
~ benih
biji yang dijadikan benih;
~ berkepak biji yang mempunyai kepak atau sayap;
~ buah
a) isi buah yang dapat ditanam;
b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan;
~ mata
a) bulatan mata;
b) [kiasan] kekasih;
~ minyak biji yang mengandungi minyak;
~ timun sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris);
bagai meramas ~ cempedak (peribahasa) sungguh-sungguh untuk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik;
menanam ~ atas batu (peribahasa) sia-sia memberi nasihat kepada orang yang tidak mempedulikannya;
tertanam di ~ hampa (peribahasa) yang ditanam bukan biji yang bernas (usaha yang tidak akan berhasil);

sebiji [bahasa percakapan] betul-betul spt:
filem itu ~ macam filem Mr. Os;

berbiji mempunyai biji (berkenaan (dengan) buah):
buah gajus ~ di luar;

berbiji-biji
1. mempunyai banyak biji (berkenaan (dengan) buah):
jambu batu ~ kecil;

2. seperti ada biji:
dia berasa tengkuknya ~;

membiji [Indonesia] memberi markah;

biji-bijian segala buah yang berbutir kecil-kecil (seperti padi, gandum, jagung, kacang, dan lain-lain), padi-padian.

Bijaya

(bahagian daripada) gelaran;
Seri ~ Adiraja juga disebut Seri Bija Diraja;

Bija II

bijan

1. sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya mengandungi minyak), ginjili, lenga, til, Sesamum orientale;

2. biji kecil berwarna keputih-putihan daripada pokok bijan yang digunakan sebagai bahan makanan dan juga menghasilkan minyak untuk masakan dan sebagainya:
minyak ~;
minyak ~ minyak lenga;
menaburkan ~ ke tasik tiada akan tumbuh (peribahasa) perbuatan yang sia-sia;

berbijan mengandungi bijan:
biskut ~.

bijaksana

berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik:
Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~;

membijaksanakan menjadikan seseorang bijaksana:
sajak ini tidak ~ pembaca untuk menggunakan daya renung yang lebih dinamik;

kebijaksanaan perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi:
mereka menjalankan tugas ini dengan penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian;
kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah.