bijaksana

berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik:
Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~;

membijaksanakan menjadikan seseorang bijaksana:
sajak ini tidak ~ pembaca untuk menggunakan daya renung yang lebih dinamik;

kebijaksanaan perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi:
mereka menjalankan tugas ini dengan penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian;
kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah.

berkongsi