bikini

pakaianyang terdiri daripada semacam coli dan seluar dalam, yang dipakai oleh wanita untuk berenang atau berjemur;

berbikini memakai bikini:
banyak iklan menggunakan gambar wanita ~.

bikin

[bahasa percakapan]
1. buat:
itu kita ~ sendiri;

2. menjadikan;
~ besar membesarkan;
~ mati membunuh;
~ rendah merendahkan;

membikin menyebabkan, membuat:
desir angin ~ hatinya rindu;

bikinan buatan:
lelaki dan perempuan ialah dua jenis manusia ~ Tuhan;

pembikinan perihal atau perbuatan membikin, pembuatan:
abang telah berkongsi mendirikan sebuah syarikat ~ batik;

pembikin orang (syarikat dan sebagainya) yang membikin sesuatu.

bikar II

bingkai, tepi:
semua ~ saji diperbuat daripada rotan;

berbikar mempunyai tepi (bingkai).

bikar I

bekas daripada kaca, berbentuk silinder, tidak bertutup dan berbibir (digunakan di dalam makmal untuk membuat percubaan kimia):
sekarang ambil dua biji ~ yang besar dan isi separuh dengan air.