bilai I

[Minangkabau] sambung, tepi yang disambungkan;

membilai
1. menyambungkan (kain dan lain-lain), menambah tepi, menyisip lantai (membaiki);

2. menyalut (gigi dan lain-lain):
~ gigi dengan emas;

3. menambah yang kurang (pidato dan lain-lain).

bilah

1. kepingan buluh (kayu, rotan, dan lain-lain) yang dibelah panjang dan tipis:
layang-layang itu mempunyai alat pendengung yang dibuat daripada ~ kayu dan daun mengkuang;

2. benda yang menyerupai bilah buluh dan lain-lain (pisau, keris, dan lain-lain):
~ pisau itu terjatuh di atas tanah;

3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dan lain-lain):
di atas baju itu terletak se~ parang yang sudah dijampi;
umpama ~ atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga
(peribahasa) orang yang bodoh atau daif sekalipun ada gunanya.

bilabial

(Linguistik)

1. berkenaan dua bibir;

2. bunyi atau sebutan yang dihasilkan oleh dua bibir (tentang konsonan seperti p, b, m).

bila

1. kata yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika) mana:
~ awak hendak ke Kuala Lumpur?;
barang ~
sebarang masa;

2. pada masa apa:
kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah;

bila-bila = ~ masa pada sebarang masa (waktu, ketika):
~ saja hari akan hujan.

bil

penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yang telah diterima:
~ air;
~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (berkenaan (dengan) barang yang dihantar kepada pengirim, sebagai kontrak antara kedua-dua pihak dan sebagai dokumen hak milik penama barang tersebut);
~ perbendaharaan (Ekonomi) bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu;

mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kepada atau untuk:
pihak syarikat akan ~ anda kemudian;

mengebilkan menyediakan (membuat) bil untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan:
sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dengan betul atau sebaliknya;

pengebilan perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) mengebil atau mengebilkan:
pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu;
apa yang dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dalam ~ kepada pengguna komersial.

biku III

[Kelantan] bingkai bulat tempat menegangkan kain, ram (apabila menyulam dan lain-lain).

biku II

1. lipatan pada tepi kain (baju dan lain-lain) untuk perhiasan;

2. tepi peti dan lain-lain yang berukir;

berbiku-biku berlipat-lipat pada tepi, berukir-ukir pada tepi.