penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yang telah diterima:
~ air;
~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (berkenaan (dengan) barang yang dihantar kepada pengirim, sebagai kontrak antara kedua-dua pihak dan sebagai dokumen hak milik penama barang tersebut);
~ perbendaharaan (Ekonomi) bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu;
mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kepada atau untuk:
pihak syarikat akan ~ anda kemudian;
mengebilkan menyediakan (membuat) bil untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan:
sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dengan betul atau sebaliknya;
pengebilan perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) mengebil atau mengebilkan:
pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu;
apa yang dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dalam ~ kepada pengguna komersial.