bidak

buah catur yang terendah nilainya (bergerak dengan satu langkah ke depan tetapi memakan lawannya secara menyerong).

bidai I

1. sejenis tirai yang dibuat daripada bilah (buluh, rotan, dan lain-lain) yang dijalin (kerai, terai, belat, dan lain-lain);

2. bilah (buluh dan lain-lain) untuk membandut tangan yang patah dan lain-lain;

berbidai-bidai bergaris panjang-panjang yang selari;

membidai
1. memasang bidai (pada rumah dan lain-lain);

2. membandut dengan bidai.

bidaah

1. pembaruan, terutamanya dalam agama Islam ( ada yang diterima dan ada yang bercanggah dengan agama Islam);

2. pembohong, penipu.

bida II

tawaran sejumlah bayaran (harga) tertentu oleh bakal pembeli dan sebagainya bagi sesuatu yang dijual, seperti dalam jualan lelong:
harga yang dibayarnya melebihi dua ~ daripada harga pasaran sebelumnya;

membida menawarkan harga tertentu untuk sesuatu (kontrak, kerja dan sebagainya):
dia sudah ~ kontrak bernilai RM 700 juta;

pembidaan perbuatan membida:
~ itu akan bermula sebentar lagi;

pembida orang (syarikat, firma dan sebagainya) yang membida.

bicokok

[Jakarta]

1. sejenis buaya kecil;

2. [bahasa percakapan] pengikut penjahat, penjahat, penipu.