orang (biasanya perempuan) yang mempunyai kemahiran untuk membantu ibu sewaktu melahirkan anak;
~ kampung wanita di kampung yang mempunyai kemahiran untuk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan);
~ kerajaan bidan yang berkhidmat dengan kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan);
~ tarik = ~ terjun
a) bidan yang dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu;
b) orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yang sepatutnya tidak ada atau tidak hadir);
bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin;
jikalau beranak ikut kata ~ (peribahasa) jika kita berkehendak sesuatu daripada orang lain, hendaklah kita turut apa yang dikatakannya;
berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak;
beranak tiada ~ (peribahasa) mendapat susah kerana kebodohan sendiri;
berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sebagai bidan:
dia melahirkan anak sulungnya dengan ~ bidan kampung sahaja;
membidani menolong orang bersalin:
upah bidan untuk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit;
kebidanan hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sebagai bidan:
ilmu ~;
pakar ~;
perbidanan perihal bidan.