sinkope

(Linguistik) pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak.

sinkronik

berkenaan peristiwa atau fenomena yang terjadi dalam tempoh waktu tertentu, tanpa mengambil kira perkembangannya.

sinoman

[Jawa]

1. kumpulan anak muda yang membawa hidangan dan melayani tetamu makan dalam sesuatu majlis perkahwinan;

2. usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yang mendapatnya dengan cara mengundi.

sinonim

(Linguistik) kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas, kata seerti;

bersinonim mempunyai kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya:
perkataan cantik ~ dengan perkataan indah;

mensinonimkan menganggap sama antara dua perkara atau benda:
orang Melayu disinonimkan dengan agama ini;

kesinoniman keadaan bersinonim.

sinopsis

ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dan sebagainya), ikhtisar.