sintuk

sejenis tumbuhan (pokok, dan kulit batangnya boleh dibuat ubat), Cinnamomum spp.;

bersintuk bergosok (badan) ketika mandi:
maka isteri Khoja Maimun pun bangun lalu pergi mandi, ~ berlimau;

menyintuk menggosok, menggonyoh;

menyintukkan menggosokkan, menggonyohkan;

penyintuk sesuatu yang digunakan untuk menyintuk:
dibunuhnya Tok Wak jurubahasanya, untuk diambil darah, dibuat ~ meriam itu.

sinu

[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] urat saraf;
sakit ~ sakit urat saraf.

sinus I

(Matematik) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pada segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah panjang sisi yang bertentangan dengan sudut terhadap panjang hipotenus.

sinus II

(Perubatan) rongga yang dipenuhi udara dalam tulang tengkorak yang bersambung dengan (rongga) hidung.