sintaksis

pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dan sebagainya) tentang susunan kata dalam ayat.

sintar II

sejenis burung;
~ dada kelabu, Rallus striatus;
~ api, Rallina fasciata;
~ merah,
Rallus eurizonoides;
~ kecil
sejenis burung, Porzana pusilla.

sintesis

1. proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan, dan sebagainya menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yang kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan;

2. suatu keseluruhan yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai unsur, bahan, dan sebagainya;

3. cara mencari prinsip yang umum daripada prinsip-prinsip yang khusus;

mensintesiskan melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan, memadukan:
dalam beberapa banyak hal, novel ini padat dengan idea-idea dan gagasan-gagasan falsafah yang masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dalam perwatakan atau suasana keseluruhan novel.

sintetik

berkenaan bahan yang disediakan daripada bahan kimia atau bahan tiruan (bukan daripada sumber semula jadi).

sintigrafi

kaedah untuk melihat organ tubuh dengan mengimbas bahagian berkenaan dengan pengesan kelipan selepas suntikan sebatian berlabel radioaktif.

sinting II

1. senget (sendeng) sedikit letaknya, miring;

2. [bahasa percakapan] agak gila, kurang siuman.