sintesis

1. proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan, dan sebagainya menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yang kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan;

2. suatu keseluruhan yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai unsur, bahan, dan sebagainya;

3. cara mencari prinsip yang umum daripada prinsip-prinsip yang khusus;

mensintesiskan melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan, memadukan:
dalam beberapa banyak hal, novel ini padat dengan idea-idea dan gagasan-gagasan falsafah yang masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dalam perwatakan atau suasana keseluruhan novel.

berkongsi